Friday, February 8, 2013

Rawatan Tradisional Alam Mistik Dan Gangguan Makluk Halus




Rawatan Tradisional alam Mistik atau ganguan Makluk halus..dengan menggunakan cara atau altenatif tersendiri
dengan Menembak Makluk halus atau entiti ghaib menggunakan Senapang Patah...


Nasir Che Ngah : 019 571 8948
                            
                          : 013 459 9730

MENGUBAT pesakit dengan menembak makhluk halus menggunakan senapang? Bunyinya memang pelik, tetapi itulah yang dilakukan oleh Nasir Che Ngah, 56, yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah.
Lelaki ini didakwa boleh merawat penyakit misteri dan ‘buatan orang’, malah mengesan harta karun yang tertanam jauh di perut bumi.

Jenis-jenis Rawatan yang di jalankan :-
- Rawatan Jarak jauh
- Tembak Makluk Halus
- Membuang Saka
- Membuang Terkena Santau
- Rawatan Syifa
- Rawatan Rukyah
- Pagar Diri, Pagar Rumah kediaman
- Penyakit Misteri, penyakit ganjil
- Terkena buatan Sihir
- Menghalau ganguan jin
- Mengesan Harta karun(Kawasan Emas)
- Pulih tenaga dalaman
- Pulih Seri wajah
- Pelaris Perniagaan
- Ganguan makluk halus
- Penyakit yg tidak dapat di kenalpasti dengan perubatan moden
- Penyakit Sawan, Hisim, Gila, meracau dan selalu mengamok
- Memulihkan dan menguatkan daya Ingatan untuk Pelajar 
- Memulihkan Penyakit lupa dan hilang ingatan
- Pulih semangat..

* Pesakit tidak di perlukan hadir..hanya wakil keluarganya sahaja perlu datang..agar tidak mendatangkan kemudaratan atau menyusahkan kepada para pesakit..



Dan perlbagai lagi penyakit-penyakit misteri yg berkait dengan alam ghaib...
InsyaAllah dengan izin Nya..tiada daya upaya melainkan dengan bantuan dan izin Allah S.W.T.




DAMMM! DAMMM! Bunyi tembakan dilepaskan jelas kedengaran. Penduduk di Kuala Nerang sudah lali mendengar bunyi letupan senapang patah dari arah sebuah rumah di Kampung Sungai Kechil berdekatan. Apakah sebenarnya yang ditembak oleh lelaki yang bergelar bomoh itu? Hmmm! Jangan anda tidak percaya, bomoh berkenaan bukan menembak tupai yang menebuk buah kelapa di kebunnya, atau menembak kera liar tapi anda kena percaya cerita penduduk yang kami temui. Kalau bukan tupai, kera, apa yang ditembak bomoh tu?



“Bomoh tu sebenarnya tembak HANTU!” beritahu seorang pemuda bernama Karim, 25. Tembak hantu? “Ya, dia sedang tembak hantu,” ulang Karim lagi. Karim sendiri tidak hairan lagi. Tidak kira siang atau malam, atau petang, bila-bila saja hantu itu muncul siaplah! Berdentum dentamlah bunyi senapang bomoh berkenaan.





Anda hairan? Apa hendak dihairankan, sekarang ini pelbagai hantu, jembalang semakin banyak buat menyemak muka bumi ini. Elok jugalah bomoh berkenaan tembak separuh. Biar aman dunia ini. “Bila hantu tu muncul DAMMMM... bomoh tu tembak guna senapang patah. Habis hancur bersepai badan hantu tu. Tinggal kepala aja,” cerita anak muda serius. Pendek kata, apa saja jenis hantu, jerangkung, puntianak, langsuir,  hantu galah, toyol semua bomoh tu tembak. Tak ada belas kasihan langsung.



“Sekarang ni, kalau hantu nampak bornoh tu, mau bertempiaran lari sebab takut kena tembak. Boleh sampai terberak tercirit-cirit dibuatnya,” sambung Karim lagi bersungguh-sungguh. Kah! Kah! Kah! Rakan-rakan Karim yang mendengar cerita kehandalan bomoh menembak hantu, ketawa besar sampai terkeluar anak tekak. Ada yang meIeleh-leleh air mata. Ada yang menekan perut geli hati. “Woi Karim. Mana ada orang yang boleh tembak hantu. Mengarutlah! Itu budak main mercun!” bantah seorang rakannya menafikan cerita Karim. Yang lain masih ketawa geli hati.



“Aku tak tipu. Aku dah tengok dengan mata kepala sendiri. Saudara aku pernah berubat dengan bomoh itu,” jawab Karim lagi bersungguh-sungguh. Kawan-kawannya berhenti ketawa. Ada yang menyapu air mata yang meleleh di pipi. “Alah takkan tak kenal bomoh Nasir? Rumah dia atas bukit tu. Dekat jalan selekoh tajam, kawasan kuari tu,” jawab Karim. “Bomoh Nasir mana pulak ni?” rungut kawannya. “Hah... baru aku ingat, nama betul dia Nasir, tapi orang kampung panggil Abang Ali,” terang Karim lagi.

Nasir Che Ngah : 019 5718948




Papp...! Kawannya menepuk meja makan. “Cakaplah Abang Ali. Kalau Abang Ali rambut berketak-ketak tu, aku kenallah,” jawab rakannya mengangguk-angguk. Memang benar di Kuala Nerang ini, hampir semua orang kampung tahu Abang Ali seorang bomoh. Abang Ali boleh merawat penyakit-penyakit misteri, gangguan makhluk halus atau penyakit buatan orang seperti sihir atau santau. Abang Ali yang mereka kenal juga kerap masuk ke hutan di Pahang dan Kelantan, cari akar-akar kayu untuk dibuat ubat. Pada masa sama, Abang Ali selalu cari harta karun.



Dari cerita penduduk yang didengar, Abang Ali mempunyai kemahiran mengesan harta karun yang sudah beribu-ribu tahun tertanam jauh di perut bumi. Entah betul atau tidak Abang Ali ada kelebihan tersebut Mastika kena tanya beliau sendiri. Berdasarkan cerita penduduk Kuala Nerang lagi, paling menarik bila bab Abang Ali berpakaian. Kalau bajunya warna merah, setiap harilah bajunya warna merah berbulan-bulan. Begitu juga kalau tukar baju wama kuning, sebulanlah baju Abang Ali wama kuning. Kalau tidak silap, kini Abang Ali pakai baju wama biru. Bila dia akan tukar baju wama lain, tak ada siapa yang tahu. Lagi satu bab menembak hantu serah pada Abang Ali.



“Kalau tak percaya, encik pergi rumah dia. Tanya Abang All sendiri,” suruh Karim kepada Mastika yang sedari tadi asyik mendengar. Mastika bersetuju. Hendak juga kami siasat dakwaan Karim ini. Kami juga nak tengok rupa hantu yang ditembak Abang Ali. Ngerikah? Tapi, pada hari berkenaan, Karim dan rakannya tak dapat ikut serta, mereka ada urusan lain. Karim hanya tunjukkan arah jalan ke rumah Abang Ali. Menjelang tengah hari, Mastika sampai di rumah Abang Ali, 56, yang terletak agak terpencil dari rumah penduduk lain. Kebetulan hari itu Abang Ali ada di rumah. Benarkah Abang Ali boleh tembak hantu? “Betul! Tapi hari ini tak boleh tunjuk sebab senapang tak ada kat sini...” kata Abang Ali. Tapi Abang Ali mengaku dia bukan suka-suka tembak hantu. Beliau hanya tembak makhluk halus yang merasuk dalam tubuh manusia. “Makhluk jenis tu yang saya tembak!” beritahu Abang Ali. Wah menarik juga cerita Abang Ali ini. Sudah bermacam-macam jenis rupa makhluk yang telah ditembaknya. Ada yang buruk, ngeri, rambut panjang, bertaring dan macam-macam lagi.

Nasir Che Ngah : 019 5718948




“Tapi kena ingat, saya bukan tembak syaitan, iblis atau jin. Itu semua kerja Allah. Allah berkuasa menghukumnya. Itu kena faham. “Saya tembak makhluk yang dipuja manusia. yang menjadikan makhluk halus sebagai tuannya. Macam makhluk halus dihantar tukang santau. Jenis macam tu saya tembak,” jelas Abang Ali yang pernah bekerja di sebuah jabatan kerajaan pada tahun 1981. Selepas berhenti kerja, terdetik di hati Abang Ali hendak membaca dan mengkaji rahsia al-Quran, menggantikan kembali ibadah yang telah ditinggalkan.



Sejak itulah, Abang Ali beribadah dan mengkaji al-Quran seorang diri. Dia juga berpuasa bagi memenuhi tuntutan ilmu. Bertahun-tahun Abang Ali menuntut ilmu, bertapa dalam gua, di tengah pulau, dalam tanah dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah suatu hari, Abang Ali terdengar suatu suara memanggil-manggil namanya. Kejadian itu berlaku hampir tiga bulan. Tapi Abang Ali langsung tidak merasa takut. Sebab Abang Ali tahu tujuannya menuntut ilmu memang untuk bertemu dan bersahabat dengan makhluk alam ghaib itu. “Sekarang makhluk itulah yang membantu saya mengubat pesakit. Malah juga bantu saya mengesan khazanah dalam perut bumi,” jelas Abang Ali. Biasanya sebelum memanggil pembantunya itu, Abang Ali akan solat sunat dua rakaat di surau yang terletak di belakang rumahnya. Surau papan itu dibina sendiri Abang Ali.



Semasa berada di surau itulah juga Abang Ali banyak menghabiskan masa mengkaji rahsia al-Quran, beribadat dan mengubati pesakitnya. Abang Ali mengaku di situlah dia akan menembak makhluk halus yang mengganggu pesakit melalui sekeping cermin. Memang benar, banyak timbunan tanah kecil dan serpihan kaca yang bertaburan. “Selepas solat sunat, saya akan ke sini. Selepas membaca doa, saya nyalakan lilin di depan cermin. Kemudian makhluk halus akan muncul dalam cermin. Pembantu saya akan tembak guna senapang bila saya arahkan,”cerita Abang Ali. Selepas ditembak biasanya wajah makhluk halus yang dibunuh akan terbentuk pada cermin. “Inilah bentuk makhluk tu!” kata Abang Ali sambil menunjukkan objek yang melekat pada cermin.




Mastika lihat hitam saja! Entah apa jenis makhluk itu tidak pula diberitahu Abang Hendak berubat dengan Abang Ali senang saja. Pesakit tidak perlu datang ke rumahnya sebaliknya hanya waris terdekat yang mesti datang berjumpa dengan Abang Ali. “Saya perlukan nama pesakit dan berjabat tangan dengan waris untuk mengetahui sama ada pesakit ‘terkena buatan orang’ atau memang dia yang sakit,” jelasnya. Selepas itu ‘pembantu’ beliau akan selidik apa jenis penyakit dihidapi orang berkenaan. Malah pembantu Abang Ali akan beritahu apa jenis penawar penyakit tersebut. Biarpun, telah banyak membantu orang ramai yang dalam kesusahan seperti kereta hilang, sakit disihir, ternakan dicuri dan masalah rumah tangga, tetapi Abang Ali tidak terlepas daripada dituduh melakukan rawatan songsang. “Saya nak beritahu, saya masih seorang Islam dan mengaji al-Quran macam orang lain. Cuma saya ada kebolehan untuk merawat pesakit sekaligus menembak makhluk yang mengacau pesakit,” akui Abang Ali mengakhiri perbualan petang berkenaan.

Nasir Che Ngah : 019 571 8948
                          : 013 459 9730

Alamat: No.3 ,Batu 18 3/4 JKR ,Kuari Bukit Barak
             06300 Kuala Nerang,
             Kedah Darulaman.  





Sila klik link ini untuk melihat cerita di blog2 yang lain :-